Tuesday, 12 September 2017

Maklumat Semasa - Sumbangan Anda Amat Berharga




*SUMBANGAN ANDA SANGAT BERHARGA*

Sejajar dengan wujudnya *Akaun Amanah Bersama TMK '70*, Kami AJK Induk ingin menyeru kepada warga Kamilian yang lahir pada tahun 1970 untuk bersama sama menjayakan program memberi sumbangan *Infaq* dengan jumlah minimum *RM 10.00* setiap bulan. 

Penglibatan warga Kamilian amat dialu - alukan demi mencapai matlamat untuk mempunyai dana yang sentiasa cukup dalam membantu AJK Induk menjalankan kerja - kerja kebajikan. Kami AJK Induk akan membelanjakan setiap Ringgit ke arah kebajikan dengan hasrat setiap Ringgit yang dibelanjakan itu menjadi *Saham Akhirat* kepada semua yang terlibat untuk mencari rahmat. Kami AJK Induk juga dengan penuh kesedaran dan kerelaan ingin mengalas tanggungjawab ini bagi membolehkan setiap penyumbang dapat memperolehi Saham Akhirat dengan menyumbang terus ke Akaun Amanah Bersama TMK '70

Justeru, tanpa paksaan dan prasangka kami AJK Induk ingin menyeru warga Kamilian untuk menjayakan program ini. Berjayanya program kami adalah kerana sokongan dari anda semua. 

Semoga Allah Ta'ala memberi keberkatan dan keredhaan pada kita semua di atas setiap sumbangan.


*NOTA PENTING* 

Maklumat berkaitan sumbangan selaku *Saham Akhirat* juga dikhususkan untuk warga Kamilian seperti di nyatakan di atas dan bukan bermaksud untuk menyeru penglibatan orang awam yang tiada kaitan dengan Kamilian tahun 1970.

AJK Induk TMK'70 berharap agar tindakan kami tidak disalah-ertikan oleh mana-mana pihak untuk tujuan komersil. Secara fitrahnya, sumbangan tiada batasan atau sekatan kerana matlamat kami adalah *Bersama Mencari Saham Akhirat*

1 comment: