Bismillah
Alhamdulillah
Segala puji dan syukur kita kepada Allah Tuhan sekalian
alam yang dengan limpah kurnia dan Rahmat-Nya kita dapat mewujudkan
sebuah Tabung kebajikan yang bakal kita layarkan ke syurga dengan
Rahmat-Nya. Tabung Muafakat Kamilian '70 (TMK '70) saya ibaratkan
sebuah kapal kerana ia adalah tempat yang mana kita tidak boleh berehat
atau bermalasan apabila kita sudah memulakan pelayaran. Kita kena
menggunakan seluruh tenaga, kepakaran, kekayaan untuk memgerakkan kapal
ini ke destinasi yang mana kita pastinya dapat meraih kejayaan.
Marilah kita sama-sama manabung saham akhirat, kita gerakkan kapal ini
sebaik mungkin supaya ia nanti menjadi bekal dihadapan Allah supaya
dengannya kita dapat mencapai ehsan dari Allah.
Peluang kebaikan tidak akan datang kepada untuk kedua kalinya. Maka jika
setiap kebaikan yang datang kepada kita hendaklah kita manfaatkan
sepenuhnya.
Kita dipenghujung usia ini, adakah kita merasakan masih banyak masa lagi untuk melakukan kebaikan?
Allah swt sentiasa menganjurkan kita semua supaya kita
sentiasa bersedekah walaupun sekecil-kecil sedekah kerana ia bakal
memberi syafaat kepada kita untuk kehidupan selepas mati nanti.
Al-Baqarah:273 - Pemberian sedekah itu) ialah bagi
orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan
menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam),
yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan
sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak
mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.
Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan
masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan
mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari
harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
Al Baqarah 274 - Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya
pada waktu malam dan siang, dengan cara tersembunyi atau
terang-terangan, maka mereka beroleh pahala disisi Tuhan mereka, dan
tidak ada kebimbangan (dari berlaku kejadian yang tidak baik) terhadap
mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
Didalam satu hadith Umar Al Khattab berkata; "Disebutkan
dihadapanku bahawa amal-amal soleh saling membanggakan diri, maka
sedekah berkata "aku yang paling utama". (Sahih Targhib wa Tarhib)
Maka dengan itu Nabi saw termasuk orang yang palin pemurah dan semua
hartanya disedekahkan. Dan Baginda juga sering berkempen dan mengingatkan
para sahabatnya dan umatnya untuk melakukan sedekah jariah.
Nabi mengingatkan Aisyah ra untuk sedekah.
"Wahai Aisyah , berlindunglah dari api neraka walaupun hanya (sedekah)
separuh biji kurma, kerana ia menutupi hajat bagi orang lapar,
sebagaimana juga menutupi hajat orang yang kenyang. (Riwayat Ahmad
dipetik dari shahih Targhib wa Tarhib)
Oleh itu marilah kita bersama bersedekah sekecil RM 10 sebulan agar dengannya dapat menghindarkan kita dari api neraka.
#ikhlasbaruberjaya
Agen Casino Online ? Sudah pasti AgenS128
ReplyDeleteBonus rollingan terbesar 0.7% setiap minggunya
Bonus Deposit Setiap Hari 5%
Proses Depo Dan WD Tercepat yang Pernah ada !
Link Alternatif Paling UPDATE !
Ayo Bertaruh Bersama kami di agens128. win
Info Lebih Lanjut Hubungi Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / BBM : AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 087789221725
Telegram : AgenS128