Program Sumbangan TMK'70
Warga Kamilian Warga Perihatin
(Wan Aziz)
29 September 2017, Taman Gading Galoh, Pulai Chondong,
Machang, Kelantan
Wakil AJK Induk TMK'70 melalui Datuk
Seri Dr. Rusman Musa Dan Erapi Mamat telah berkunjung ke rumah saudara Wan Aziz
untuk menyampaikan sumbangan dari TMK'70 bagi membantu beliau kerana anak
beliau mengalami komplikasi tidak boleh buang air besar dan perut kembung.
Selepas anak beliau menjalani pembedahan
2 minggu lepas, Alhamdullillah anak beliau telah beransur pulih.
AJK Induk TMK'70 mendoakan agar anak saudara
Wan Aziz akan sembuh seperti sediakala, Insya Allah.
AJK Induk
TMK'70 merakamkan jutaan terima kasih kepada Warga Kamilian yang perihatin di
atas sumbangan yang diberikan. Hanya Allah Taala sahaja yang akan dapat memberi
ganjaran kepada kalian semua.
Slogan "Bersama
Mencari Saham Akhirat"
Bagi mereka
(Warga Kamilan) yang ingin membuat sumbangan secara peribadi, pihak AJK Induk
TMK'70 amat mengalu-alukan.
Nota:
Ini adalah sekadar maklumat utk warga TMK '70 sahaja..
secara positifnya, maklumat ini dapat memberi satu motivasi bagi warga TMK '70
untuk memberi sumbangan seperti mana matlamat kita *Bersama Mencari Saham
Akhirat* . Kami AJK Induk tidak mempunyai niat untuk mengaibkan mana-mana
individu.